MEASAT merupakan satelit pertama Malaysia oleh Binariang Malaysia Sdn. Bhd. Kedua-dua Satelit (MEASAT I, MEASAT II ) ini dibina oleh Huge Space and Comunication International, Inc. El Segundo, Calif., MEASAT I telah dilancarkan pada 12 Jan. 1996, dari Kourou, French Guiana, manakala MEASAT II pula pada 13 Nov. 1996, kedua-duanya dilancarkan oleh roket Ariane. Perkhidmatan Malaysia-East Asia Satellite (MEASAT) terus kepada pengguna (DTU).
Di antara perkhidmatan DTU ialah telefon, televisyen, transmisi data, rangkaian perniagaan dan program pendidikan. Manakala perkhidmatan komunikasinya meliputi India ke Hawaii dan dari Jepun ke timur Australia. Jangka hayat MEASAT I ialah 12 tahun dan MEASAT II pula selama 11 tahun.
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ingin_tahu/measat.htm
Tinggalkan komentar